Lama tak cerita pasal moto purba ni. Selepas moto ni berjaya dihidupkan tahun lepas, baru lah boleh buat full restoration. Keadaan moto ni tak parah tetapi perlu tukar beberapa parts. ada setengah tu boleh pakai lagi tapi sebab nak bagi puas hati sendiri.
Barang yang perlu diganti cuma :
1. Speedometer - kelablur dan jarum meter patah
2. Tachometer cable - tak berfungsi
3. Carburetor intake - yang asal pecah
4. Fork Boots - yang asal nak cat dah tak boleh (getah)
5. Spokes F/R - yang asal karat teruk tak lawa la.
6. Signal Belakang & Lens lampu belakang - dah pecah dan patah
7. Dah tentu side mirror bulat chrome berkilat zip zap
Kebanyakan parts ni saya beli kat ebay. Ada banyak parts moto ni kat situ. klik order, bayar, tunggu barang sampai. ada dari USA, Bangkok, Taiwan dan UK.
Tangki, side cover, madgad, cover lampu depan saya hantar cat kedai, tak mampu nak buat sendiri lagipun tangki dia perlu pembedahan sikit takut bocor, maklumlah barang lama dan tersadai kat luar lama. Tunggu barang cat ni 2 bulan lamanya.
InsyaAllah nanti saya sambung part 3...
-- Edited by pidicoco on Thursday 6th of March 2014 02:31:44 PM